5 Hotel Pelik di Malaysia Yang Anda Perlu Cuba

Anda ingat, di Eropah atau Jepun sahaja yang hotel pelik? Uh, tidak betul tu.

Berikut adalah 5 hotel pelik di yang boleh anda cuba bila masuk musim cuti sekolah hujung tahun ini.

1. Tubotel, Langkawi

tubotel

Hotel bajet Langkawi dengan pemandangan laut ini dibuat dari paip pembentungan bawah tanah. Semua paip dibeli dari projek terbengkalai. Pemandangan matahari jatuhnya? Adohai, dikatakan antara yg terbaik di Langkawi.
1 malam dari RM138

2. Hotel Bas, Kelebang

hotel bas kledang

Jika anda ingin mengimbau zaman nostalgia berhimpit-himpit menaiki bas balik kampung, hotel bas ini memang sesuai. Di Bustel Melaka, katil, bilik mandi dan tandas semua di dalam bas. Untuk makan, anda turun dari bas anda, dan jalan kaki masuk ke bas lain yang menempatkan kafe makan.
1 malam dari RM120

3. Hotel Kapal Selam, Klebang

hotel kapal selam

Ingin jadi navy tapi tak tak cukup tinggi? Tak mengapa, sebab di Pantai Klebang, Melaka anda boleh merasa juga bahang perang dalam kapal selam Perancis. Pakej menginap di kapal tahun 1979 ini hanya untuk 25 orang ke atas. Jika sudah habis fikir, boleh telefon pegawai Muzium Melaka di 06-281 4226.
1 malam dari RM150

4. Container Hotel, KL

hotel container

Apa lagi bagus dari 1 hotel paip pembentungan? Yang lagi bagus ialah hotel yang ada bilik dalam paip pembentungan dan ada bilik dalam kontena barang.
Walaupun anda perlu berkongsi bilik mandi, Wifi tetap ada – yahoo!
1 malam dari RM 56

5. Hotel Pelantar Minyak, Sabah

oli rig hotel sabah

Kami tutup dengan hotel ini — hotel pelantar minyak , dan satu-satunya hotel pelantar minyak yang di dunia. Kalau anda kaki selam, tak perlu pergi jauh sebab ikan dah menunggu di bawah pelantar.
Pakej 4 hari dengan trip menyelam dari RM 2730
Tapi kalau anda takut ruang kecil atau anak anda memang buas, pilihlah hotel biasa saja. Book hotel dengan booking.com untuk harga lebih murah.

 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |