Sejak semalam tak henti-henti orang update pasal Google Street View Malaysia di Facebook.
Aku rasa, mesti ada yang dah pernah baca pasal Google Street View sebelum nie, kan? tapi sebelum ni map untuk Malaysia belum ada.., yang ada kita boleh view jalan dari atas je dari google map..view dari satelit sahaja yer dak...?
Baru-baru ni google map Malaysia dah update dan lagi best kita boleh live view lagi..!!! , lagi memudahkan korang untuk tengok jalan sebenar.., gua dulu melancong ke London study jalan guna google street view la..hihi
Tak sure bila Google Street View Malaysia ni bermula..tapi yang pasti dalam sehari dua dah mula popular.
Biar aku terangkan sikit pasal Google Street View.
Bawah ni adalah gambar rumah mak aku dari google map.
Bawah ni pula live view parking di opis gua.., fuh.. ada gak gambar kete gua hahaha, parking haram tu..
Lepas ni siapa yang rindukan kampung halaman, boleh la main-main dengan google street view ni ok.., menarik wooo hahaha
Ni aku ajar sikit cara dia..., mula-mula korang google la nama taman atau nama kampung korang.., lepas google korang klik tab MAPS
Dah masuk GOOGLE MAPS, korang carik belah kanan, suduh bawah sekali akan jumpa gambar orang.., tengok gambar bawah ni
Dah jumpa gambar orang tu..,korang klik orang tu..hold dan tarik mouse ke jalan yang korang nak steet view tu..., dan lepaskan orang tu ke jalan yang korang nak live view....
Kalau Google Maps korang berat..., boleh cuba guna Instant Street View (klik)
Setakat nie aku rasa street view boleh dilihat dari jalan utama sahaja.., kalau jalan-jalan kampung tak sure lagi.., korang boleh la cuba dan share lokasi live view kampung korang dari Google Street View..
***************************************
Lepas ni tidak la korang sesat lagi untuk pergi ke rumah kawan-kawan.., kerana sebelum korang pergi satu lokasi tu, elok la dulu google alamat dan boleh View Live lokasi kawasan yang dituju yer dak..?
Tips untuk melancong pun, korang elok guna google street view untuk memudahkan kepala otak korang save suasana tempat yang untuk tuju