5 perkara menarik mengenai Apple iOS 9


Antara yang diumumkan oleh Naib Presiden Kanan kejuruteraan perisian, Craig Federighi, adalah kemaskini sistem operasi iOS9 yang akan mula dikeluarkan pada bulan September.

Menyasar untuk memperbaiki kelemahan ciri-ciri sistem iOS 8 pada tahun lepas, Apple menumpukan pada kelancaran pemprosesan iOS 9 agar lebih pantas dan kompak.

Berikut adalah antara naik taraf yang menarik mengenai iOS 9.

1 – Siri

Penambahbaikan Siri lebih menyerlah apabila dimuatkan kebolehan Proactive Assistant. Ia bermaksud, Siri kini berupaya menyampaikan maklumat dan menjalankan tugasan tanpa apa-apa tindakan dari pengguna. Sebagai contoh, pengguna boleh melihat emel dan menyuruh Siri mengingatkan semula pada kemudian masa.

2 – Multitasking

Khusus buat pengguna iPad, penambahan antara muka baharu membolehkan pengguna membuka beberapa aplikasi baharu. Apabila menekan ‘split view’ pengguna boleh membuat berbilang tugasan dengan memaparkan beberapa aplikasi pada waktu yang sama.

3 – Mod rendah kuasa

Ciri baru ini berupaya memanjangkan hayat bateri sehingga tiga atau empat jam jika telefon digunakan secara aktif. Ini serupa dengan ciri yang ada pada Samsung dan HTC. Mod rendah kuasa akan mengurangkan beberapa fungsi namun semua ciri-ciri asas masih boleh digunakan seperti biasa.

4 – Perubahan besar terhadap aplikasi iOS

Notes kini mempunyai toolbar, fungsi kamera kini mempunyai kebolehan melukis dan iCloud kini berkemampuan merentasi semua pelantar iOS dan Mac pada waktu yang sama. Peta juga dinaiktaraf dimana informasi mengenai kenderaan awam telah dimasukkan.

5 - Apply Pay

Walaupun tidak begitu praktikal atau popular di Malaysia, Apple telah membuat peningkatan terhadap Apple Pay. Apple memudahkan penggunaan kad kredit, kad ganjaran dan kad keahlian. Semuanya dirangkumkan dalam satu fungsi iaitu Wallet (Dahulunya dikenali Passbook dalam iOS 8)
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |