Bekalan ternakan korban untuk Aidiladha mencukupi - Shabery


Orang ramai tidak perlu bimbang mengenai bekalan ternakan korban untuk Hari Raya Aidiladha tahun ini kerana stok adalah mencukupi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, statistik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menunjukkan keperluan stok penyembelihan ternakan lembu dan kambing dapat menampung permintaan, malah melebihinya.

Statistik DVS menunjukkan stok bekalan penyembelihan ternakan pada bulan ini adalah sebanyak 54,200 ekor lembu dan 40,493 ekor kambing.

Ia melebihi anggaran keperluan lembu dan kambing bagi tujuan sambutan Hari Raya Haji tahun ini iaitu pada hanya kira-kira 26,200 ekor lembu dan 12,324 ekor kambing.

"Berdasarkan statistik dan anggaran ini, kita yakin jumlah bekalan untuk tujuan korban tahun ini mencukupi," kata Ahmad Shabery pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini selepas merasmikan Ekspo dan Forum Livestock Asia 2015.

Perangkaan DVS menunjukkan sebahagian besar ternakan lembu untuk pasaran bekalan daging tempatan diimport oleh pembekal dari Australia dan Thailand.

Lembu yang diimport dari Australia hanya dibenarkan disembelih di rumah sembelihan yang memperoleh pengiktirafan Exporter Supply Chain Assurance System (ESCAS) dari Australia.

Ketika ini, terdapat sejumlah 76 buah rumah sembelihan lembu di Malaysia.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |