Bebaru nie aku pergi Bangi kat seksyen 8 dan 9 sebab menghadiri rombongan kenduri kahwin sepupu sepapat. Kitaorang stay overnight kat satu budget hotel kat Seksyen 9, Hotel Amani. Not bad jugak lah Hotel Amani nie. Harga murah, bilik pun kemas dan bersih walaupun size nyer agak kecik sedikit. Bukan nyer nak stay lama. Kira OK lah sekadar dpt baring dan lelap mata utk semalam dua. Facility kiranya pun not bad. Ader free Wifi, Surau, flat TV (jenama LG) dan siaran Astro. Bagi aku, kira OK dah tuh.
Sekali pusing nampak macam tak de ape yang menarik. Almaklum lah, Seksyen 8 dan seksyen 9 nie kawasan perumahan jer. Cuma nampak kompleks PKNS dan Warta shj. Tapi... cuba korang pusing pusing sekitar deretan lot kedai kat sana. Banyak yang menarik ader kat Bangi.
First yang aku perasan, Bangi sek 8 dan 9 banyak kedai makan yang best. Ader restoran Bangi Kopitiam, Old Town White Coffee, Restoran Nasi Ulam (sebelah Hotel Amani), Restoran Wong Solo, Beryani Mat Top (Beryani Batu Pahat) dan D' Limau Nipis. Yang nampak kelainan untuk di cuba adalah restoran Wong Solo... sebaris ngan Hotel Amani, berhadapan Boutique Qalesha. Serius sedap restaurent Wong Solo nie. Terbaek !! Nasi nyer lain dari yg lain. Difahamkan, diaorang guna beras dari Solo. Semua menu menu nyer juga dari Solo. Terasa macam makan kat Indonesia lah pulak.
Sebut Boutique Qalesha, teringat pulak yang kat Bangi nie syurga butik butik. Macam-macam butik ader. Kalau nak cari tudung ader kedai Ariani, Butik Hajaba, Butik Fahada. Ader jugak butik pakaian khas untuk ibu mengandung di Butik My Dreams. Yang paling unik bagi aku ialah, butik pakaian bayi dan kanak-kanak "Qalesha Boutique". Ingatkan mak-mak jer yang pergi butik, budak-budak pun bleh pergi butik jugak. Boutique Qalesha nie banyak branded collection dari bayi sampai budak umur 7, 8 tahun rasanyer. Dress collection yang Boutique Qalesha ader cantek cantek. Maka terpaksa lah sambar dua tiga helai untuk anak pompuan aku nie haa, sebab harganyer memang best... rasanyer tak leh dapat kat tempat lain. Sebaris ngan Boutique Qalesha ader satu kedai batik Butik Sutera Naqiyyah. Kedai sutera nie pun best jugak. Design batiknyer lawa lawa dan harga pun berpatutan... pun sambar sehelai dua jugak.
Sebelah kedai Boutique Qalesha ada satu kedai buat rawatan kulit Suzana. Ader lah nampak artis yang dtg kat kedai Suzana tuh. Tak sangka Kedai Suzana nie jadi pilihan artis Malaysia. Kedainyer kecik jer tapi facilitynyer semua lengkap.
Untuk kaum bapa, takde tempat yang menarik sangat. Aku singgah kedai Al-Ikhsan jer. Usha-usha jersy world cup. Memandangkan harga jersy kat uptown lagi murah, goyang jugak nak beli jersy ori nih. Tak per lah, aku rasa team favourite aku macam tak de peluang nak julang world cup. Portugal takde star macam Brazil, Italy dan Germany. Tak per, beli jersey kwt uptown jer lah.
Home
»
Al-Ikhsan
»
Ariani
»
Bangi
»
Bangi Kopitiam
»
Beryani Mat Top
»
Boutique Qalesha
»
Butik Hajaba
»
Butik My Dreams
»
De Limau Nipis
»
Hotel Amani
»
Old Time White Coffee
»
Sutera Naqiyyah
»
Tempat Menarik
»
Wong Solo
»
Apa Yang Menarik di Bangi ?
Apa Yang Menarik di Bangi ?
Blog Archive
Popular Posts
-
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, a...
-
Bahan-bahan: Ketam nipah (dibersihkan) 1/2 inci halia (dikisar/diketuk) 2 ulas bawang putih (dikisar) 2 ulas bawang merah (dikisar) 1/...
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info