Kelebihan Morning Sickness


1. Mengurangkan risiko keguguran kerana banyak kajian menunjukkan risiko keguguran adalah rendah pada ibu yang mengalami muntah-muntah dan mual semasa hamil.

2. Mengurangkan risiko kelahiran pra matang atau bayi tidak cukup bulan.

3. Mengurangkan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.

4. Hormon Hcg semasa hamil akan meningkatkan dan ianya dipercayai menyebabkan rasa mual pada ibu namun ianya baik kerana hormon yang tinggi akan melindungi bayi di dalam kandungan anda.

5. Apabila ibu mengalami mual-mual atau muntah, ini menyebabkan ibu tidak mengambil makanan yang tidak sesuai pada peringkat awal kehamilan, secara tidak langsung menjauhkan ibu dari mengambil makanan yang membahayakan bayinya.

6. Ukuran placenta bertambah. Bila ibu mengalami muntah-muntah, pertambahan berat badan ibu sendiri tidaklah naik mendadak. Dengan ini memberi ruang kepada placenta menambahkan ukurannya! Plasenta memainkan peranan yang penting untuk membekalkan nutrien dan bekalan darah yang mencukupi kepada bayi.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |