Peniaga Online Bakal Didenda RM5000 Jika Gagal Papar Maklumat Syarikat

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini telah mengambil pendekatan yang serius dalam menangangi isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan online yang tidak berdaftar.



Menurut sebuah notis yang kini banyak dikongsikan dilaman-laman sosial. Berikutan terlalu banyak laporan mengenai penipuan perniagaan online; pihak SSM telah bertindak memantauan kegiatan beberapa peniaga di laman social terutama di Facebook dan memeriksa sama ada mereka ini ada memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat.




Buat pengetahuan umum, SSM telah sudah mula menekankan tentang perkara ini di dalam Peraturan Peniaga Dalam Talian sejak Julai 2013 lagi. Tetapi setelah melihat peniaga-peniaga online seperti tidak mengendahkan perkara ini, kerajaan akhirnya mula mengambil langakah serius bagi menguatkuasakan peraturan ini.

Selain dari perniagaan di Facebook, apa jua perniagaan yang dijalankan di dalam internet termasuklah di laman web, blog atau Instagram, ia juga perlu memaparkan nama serta nombor pendaftaran syarikat mereka.

Sekiranya gagal berbuat demikian, pemilik perniagaan tersebut akan dikenakan denda sehingga RM5,000.

Sekiranya anda sudah mempunyai syarikat yang berdaftar tetapi tidak tahu dimana sepatutnya nama dan nombor syarikat anda diletak, berikut adalah cara yang betul(mengikut SSM) untuk meletakkan maklumat tersebut di Facebook Page anda. Anda hanya perlu meletakkan maklumat-maklumat tersebut pada lama web anda, fan page anda, QR code anda, description Instagram anda atau link semua ke laman blog anda atau dimana-mana sahaja maklumat itu boleh diakses.

Sekiranya anda seorang usahawan/perniagaan online tetapi masih belum mendaftar, dinasihatkan supaya mendaftar dengan segera kerana harganya bukanlah mahal mana pun, hanya RM70 bagi satu tahun bagi perniagaan kecil-kecilan. Anda boleh mendaftar dimana-mana SSM atau di UTC dan RTC.

 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |