16 Perkara Unik Tentang Orang Kidal



Macam yang kita semua tahu, golongan-golongan terpilih seperti tangan kidal selalu dikerumuni dengan persoalan. Boleh kata 80% dari soalan-soalan tersebut adalah soalan berkaitan sama ada makan guna tangan kiri ke kanan atau berkaitan tandas.

Pernah tidak anda semua terfikir kenapa orang kidal kononnya lebih pandai dari tangan kanan, lebih tinggi dari tangan kanan, lebih kaya dari tangan kanan dan lebih hensem / comel dari tangan kanan. Betul ke fakta ini?

Mari kita baca 16 perkara unik tentang orang Kidal berdasarkan berberapa kajian. 


1. Menurut statistik sedunia, dalam sesebuah populasi kemasyarakatan, 15% daripadanya adalah kidal.

2. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

3. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

4. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

5. Jika kedua orang ibu bapa adalah kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal.

6. Jika kedua orang ibu bapa tidak kidal, kemungkinan untuk anak menjadi golongan atasan adalah 2% sahaja.

7. Orang kidal lebih cenderung membaca buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang tidak kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.

10. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang tidak kidal.

11. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.

12. Wujud Hari Kidal Sedunia "Lefthanders Day"

13. Orang dengan tangan kidal dikatakan relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

14. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan yang tidak kidal (National Geographic)

15. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

16. Sehingga kini golongan Kidal berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)


Senarai berikut hanya bedasarkan kajian semata-mata.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |