Anton Ivanov, Jutawan Sebelum Berumur 27 Tahun

Anton Ivanov adalah seorang jutawan luar biasa yang memperolehi kekayaan melalui cara old-fashioned. Kejayaannya itu membuatkan kita sedar bahawa kita juga mampu menjadi jutawan sekiranya ada pengetahuan tentang pengurusan kewangan dan nilai wang.

Ramai tidak percaya apabila mendapati dia menjadi jutawan sebelum usia 27 tahun. Ramai beranggapan; dia menang loteri, atau menang kes saman di mahkamah, atau mewarisi kekayaan keluarga.

Sebenarnya, Ivanov hanyalah seorang lelaki biasa tetapi dia bertindak dan berfikir diluar kotak pemikiran biasa sehingga dia berjaya menjadi seorang jutawan. Kini, dia berkongsi tip-tip bagaimana dia berjaya membina kekayaan di blognya, Financessful.com

Ivanov dilahirkan di Moscow, Rusia pada tahun 1987. Dia tinggal bersama keluarga di Rusia hingga dia berusia 15 tahun.

Anton Ivanov
Ini rahsia Anton Ivanov.

Saya jadi jutawan sebelum hari jadi saya yang ke-27. Habit dan prinsip saya yang menjadikan saya kaya.

Semasa kami berpindah ke San Diego, California, saya melihat ramai orang kaya di situ. Ini membangkitkan keinginan saya untuk jadi seperti mereka.

Keluarga saya dari golongan kelas pertengahan. Jadi saya tidak fikir ibubapa saya bagus dengan kewangan. Mereka selalu penat apabila pulang ke rumah selepas waktu bekerja tamat.

Itu membuatkan saya nekad untuk tidak mahu menjalani kehidupan yang sama dilalui oleh ibu bapa saya. Saya tidak mahu menjadi hamba kerja 9 pagi hingga pukul 5 petang setiap hari.

Semasa di sekolah menengah ketika berusia 16-17 tahun, saya mula bekerja sambilan di San Diego dengan gaji minima. Dan itulah permulaan saya mula menyimpan duit.

Saya tamat sekolah menengah pada usia 18 tahun. Saya mula fokus mencari wang dan permulaan membina portfolio pelaburan saya dengan membuka akaun Roth IRA (Individual Retirement Arrangement) iaitu pelan simpanan persaraan tanpa dikenakan cukai di bawah undang-undang Amerika.

Semua wang yang dikumpul disimpan di dalam akaun tersebut. Dan pada usia 19 tahun, saya memaksimakan contribution dalam akaun Roth IRA


Pada usia 20 tahun, saya memutuskan untuk menyertai Navy kerana kebaikan dari segi kewangan. Saya memilih Jepun kerana saya akan menerima banyak elaun dan bonus kerana ditempatkan disana.

Perbelanjaan saya disana juga begitu sangat rendah. Saya tinggal di perumahan kerajaan, kebanyakan masa saya makan di atas kapal (ini adalah tips berjimat cermat Ivanov). Rutin ini membolehkan saya menyimpan hingga 60% dari gaji yang diterima dan semua itu akan dimasukkan ke dalam akaun pelaburan saya. (beliau tidak gunakan duit gajinya untuk membeli gadget mahal, berpoya-poya, enjoy tak tentu arah)

Pada waktu itu juga saya mula meminati pelaburan hartanah dan mahu mempelbagaikan bentuk pelaburan. Ia mengambil masa beberapa tahun untuk saya menyimpan duit untuk membeli hartanah. Hartanah pertama yang saya beli adalah di San Diego ketika saya berusia 22 tahun.

Hartanah kedua saya ialah jenis duplex apartment iaitu 2 apartment di dalam satu bangunan yang saya beli di awal tahun 2014 ini di usia 26 tahun.

Habit nombor 1 saya ialah frugal lifestyle iaitu gaya hidup sederhana dan berhemah (jimat).

Sentiasa memulakan pelaburan seawal mungkin. Tiada nombor ajaib atau hari ajaib atau masa ajaib untuk menentukan masa pelaburan yang sempurna. Sebenarnya masa itu adalah sekarang.

Saya tahu apa yang saya mahu, saya cari apa yang saya perlu lakukan, dan saya pantau perkembangan kewangan saya setiap hari, minggu, bulan dan juga tahun.

Anda boleh ikuti kisah Ivanov di sini.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |