Pemimpin Kita Perlu Belajar Cara Erdogan ....
ISTANBUL (Rawangpost.com) – Telah lama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dipandang sebelah mata oleh pihak yang tidak sehaluan dengan Islam. Ia dikatakan “bodoh”, bahkan “pendosa” kepada rakyat Turki dan dunia Islam. Untuk mengetahui “kebodohan dan dosa-dosa” apa saja yang dilakukan Erdogan, berikut Rawangpost kongsikan dari artikel asal penulis Jordan, Ihsan Al Faqih, 26 Desember lalu pada media Achahed.
1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100M dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.
2. Erdogan membawa Turki melakukan ajakkan ekonomi yang besar, dari rangking ke 111 dunia ke peringkat 16, dengan purata peningkatan 10 % setahun, seolah-olah Turki berada di dalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.
3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Modern yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang mensasarkan Turki bakal menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul adalah yang terbesar di Eropah yang menampung 1260 pesawat setiap harinya, ditambah lagi dengan lapangan terbang di Bandaraya Shabiha yang menampun 630 pesawat setiap hari.
5. Turkish Airline meraih anugerah penerbangan terbaik di dunia selama 3 tahun berturut-turut.
6. Dalam tempoh 10 tahun, Turki telah berjaya menanam 770 juta pohon Harjia dan ia telah berbuah dengan lebat sekali.
7. Untuk pertama kali Turki di zaman modern ini mengeluarkan sendiri Kereta Kebal, Kapal Terbang, Pesawat Tempur Tanpa Pemandu, serta satelit ketenteraan moden pertama yang mempunyai pelbagai fungsi.
8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mewujudkan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 hospital baru dan 169,000 bilik darjah yang baru serta modern, sehingga nisbah pelajar dalam bilik darjah tidak lebih dari 21 orang.
9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti di Eropah dan Amerika menaikkan yuran pengajian. Sedangkan Erdogan menanggung seluruh yuran pengajian dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.
10. Dalam 10 tahun yang terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya sekitar 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11,000 dollar pertahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Prancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!
11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan dengan bersungguh-sungguh membiayai 300,000 ahli akademik melakukan penyelidikan untuk menuju tahun 2023.
12. Di antara kejayaan politik terbesar Turki adalah kejayaan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertelagah. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah tergantung sejak 6 dekad lalu.
13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat sehingga 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah kadar penggangguran menurun dari 38% menjadi 2%.
14. Di Turki, bajet untuk pendidikan dan kesihatan, melebihi bajet untuk pertahanan, manakala gaji guru pula sama seperti gaji doktor.
15. Di Turki telah dibangunkan 35,000 makmal IT dan pengkalan data moden untuk melatih remaja Turki.
16. Erdogan menutupi defisit anggaran hingga mencapai 47 billion dolar. Sebelumnya, baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah sebanyak 300 juta dolar pada Julai tahun lalu. Bahkan Turki meminjam IMF sebesar 5 bilion dolar. Disamping itu Erdogan juga menambah cadangan defisit negara sebesar 100 billion dolar.
17. 10 tahun lalu, eksport Turki hanya sekitar 23 billion dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 billion dolar, kepada 190 negara. Yang paling banyak adalah kenderaan, yang kedua peralatan elektronik. Nisbah setiap 3 produk elektronik di Eropah, satunya adalah produk dari Turki.
18. Pemerintahan Erdogan mengawal selia pembuangan sampah menjadi pemangkin tenaga letrik, yang digunakan oleh 1/3 penduduk Turki. Dan capaian penggunaan tenaga eletrik adalah 98% penduduk Turki.
19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung televisyen, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat kanak-kanak tersebut. Sekaligus beliau mendidik anak-anak Turki tentang keteladanan dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca visi masa depan.
20. Erdogan merupakan sekutu Israel, menurut pandangan golongan sekular Arab. Namun, Erdogan telah memberikan tamparan keras kepada Israel, dan dia memaksa Israel meminta maaf atas kejadian kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki telah memberikan syarat pencabutan embargo Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.
21. Erdogan adalah sekutu Israel??? Beliau telah berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap ucapan Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: “Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap ucapan ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza…”
22. Erdogan meleraikan para perusuh yang berdemo menentangnya hanya dengan air. Beliau tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau peluru atau bom-bom molotov.
23. Erdogan melarang anak gadisnya membuka hijab ketika belajar di Kampus. Maka beliau menghantar anaknya belajar di Eropah agar boleh berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.
24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama isterinya mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana di kawasan Myanmar yang menerima bencana.
25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular sebelum ini.
26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di Parlimen.
27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan “Bismillahirrahmanirrahim..” Padahal, salah satu negara Arab ada membuat pohon natal terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.
28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Uthmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.
29. Erdogan memberi kebebasan kepada 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban solat berjamaah dan menghafal Al Quran.
Robbana, semoga pemimpin negara kami dapat meniru “dosa dan kebodohan” Erdogan…. (editor/rawangpost.com)