Kisah Bayi di Tinggalkan di Masjid BCH, Rawang


Rawang: Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui selamat di dalam bungkusan beg kertas Vincci yang ditinggalkan di atas hud kereta di Masjid An Nur (Cahaya Iman) Bandar Country Homes, Rawang, 9.15 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi terbabit ditemui seorang lelaki berusia 64 tahun selepas menunaikan solat Isyak sebelum memaklumkan kepada jemaah masjid berhubung penemuan bayi berkenaan.

"Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan selamat sebelum ianya dibawa lelaki terbabit yang juga pesara polis ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi pihak media.

Beliau berkata, siasatan awal tidak menemui saksi yang melihat bayi terbabit ditinggalkan di atas hud kereta dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran.

Ali berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Bayi ini telah diberikan nama Mohd Nur Iman oleh jemaah masjid sempena nama Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes. Ramai juga yang tampil untuk menjaga bayi ini. Walau bagaimana sekalipun, kes ini masih dalam siasatan pihak polis.






 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |