Kenyataan Ahmad Maslan di Media Tidak Melambangkan CGPA Kebanggaannya?

Menurut pakar psikologi, emosi kebanyakkan rakyat terganggu dengan kenyataan Ahmad Maslan. 


Pakar berpendapat: Emosi rakyat negara ini yang terganggu dengan beberapa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.

"Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.

"Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Abdul Jalil mengulas keluhan masyarakat terutama di media sosial mengenai reaksi pelaksanaan GST.

Ia menjadi lebih 'panas' apabila Ahmad Maslan baru-baru ini mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak menyebelahi pelajar kampus.


Namun, walau bagaimana sekali pun, Ahmad Maslan tetap mempertahan kenyataannya tentang saranan untuk masak sendiri dan namun telah dimanipulasi kumpulan tertentu.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |