Resepi Roti Lasagna


Di rumah anda ada lebihan roti yang hampir expired? Jangan di buang. Anda boleh buat roti lapis berdaging atau bread lasagna malay style. Buleh cuba untuk juadah berbuka di bulan Ramadhan nanti.

Bahan-bahan

( 6-8 orang )

3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara


1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Selamat Mencuba !

Click disini untuk Resepi Lain

Related Post

  • Resepi Kek Coklat Moist Bahan untuk kek coklat.Bahan A1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 c…
  • Resepi Telur PindangBahan-bahan 10 butir telur 10 helai daun jambu 3 helai daun jati 50 gram kulit bawang merah 2 cm lengkuas diketuk 3 hela…
  • Resepi Puding Buah Mangga Bahan Puding Mangga1 bungkus agar-agar 1 liter susu segar cair 250 g buah mangga, dipotong halus (sedap jika dapat mang…
  • Resepi Rempeyek Ranggup Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras 100 gm kacang tanah Sesudu teh jintan putih Sesudu teh jintan manis Sesudu teh ketumb…
  • Resepi Sotong Masak Hitam JohorBahan-bahan :Beberapa ekor sotong 1 labu bawang besar (hiris bulat) * 3 ulas bawang putih (penyekkan) * 1/2 inci halia (…
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |