Tujuh pasar raya Tesco akan beroperasi untuk 24 jam bagi memudahkan urusan pembelian pelanggan menjelang sambutan Hari Raya.
- Tesco Extra Shah Alam,
- Tesco Extra Ampang,
- Tesco Kajang,
- Tesco Seri Alam,
- Tesco Seberang Jaya,
- Tesco Extra Seremban 2
- Tesco Extra Mergong
Tesco menjadi pasar raya pertama yang melanjutkan perkhidmatan 24 jam. Tesco turut memperkenalkan harga istimewa untuk beberapa produk.
Ia juga merupakan kali pertama bagi pasar raya besar untuk memulakan inisiatif sedemikian menjelang mana-mana sambutan perayaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Datuk Georg Fischer berkata, lanjutan masa operasi adalah untuk memudahkan pelanggan di sebalik kesibukan mereka dalam pembelian barang-barang sempena Hari Raya.
"Lanjutan waktu perkhidmatan adalah untuk kemudahan pelanggan dan juga bagi memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada tawaran hebat 'Lebih Jimat' yang telah kami memperkenalkan.
"Untuk menambahkan lagi keseronokan, kami juga akan menurunkan harga beberapa produk supaya pelanggan dijamin tawaran yang terbaik," kata Fischer.
Dalam usaha untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan-pelanggannya, Tesco juga akan memberikan pek percuma 'sahur' kepada pembeli yang mengunjung pada tengah malam.
Beberapa kedai makan di Tesco turut memanjangkan waktu operasinya bagi memudahkan pelanggan mereka bersahur.
Pelanjutan operasi 24 jam ini hanya akan diadakan selama tiga hari bermula 10 Julai sehingga 12 Julai ini.