Resepi Biskut Mazola

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
  • ½ cawan tepung jagung
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 cawan kacang tumbuk
  • 1 sudu teh essen vanilla
  • (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan

  • Kuning telur untuk hiasan
  • Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:

  • Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
  • Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
  • Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
  • Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
  • Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
  • Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
  • Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
  • Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat Mencuba !

Click disini untuk Resepi Lain
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |