Ferrari 488 Spider bakal dilancarkan September ini di Frankfurt


Walaupun model ini hanya akan dilancarkan secara rasmi di pameran kereta Frankfurt bulan September nanti, Ferrari sudahpun mengeluarkan imej rasmi bagi model 488 Spider. Ini bukan satu perkara asing, apatah lagi bila mengambil kira yang musim panas sudah bermula bagi banyak negara, masa di mana kereta-kereta tanpa bumbung menjadi lebih popular.

Rekaan 488 Spider ini berlainan sedikit berbanding model 488 GTB untuk mengambil kira keperluan untuk menyimpan bumbung dan mekanisma menggerakkan bumbung tersebut. Apabila ditarik balik, bumbung ini melipat kepada dua bahagian dan disimpan di atas enjin. Ini semua berlaku secara automatik dan mengambil masa hanya 14 saat setelah butang telah ditekan.

Penggunaan bumbung keras dipilih berbanding bumbung fabrik (yang biasa digunakan pada masa lampau) adalah kerana ia 25kg lebih ringan, dan memberi lebih keselesaan bagi penumpang.

Sepertimana model 488 GTB, enjin 3,908cc V8 dengan pengecas turbo pada Spider ini menghasilkan 661hp dan tork sebanyak 760Nm. Ia juga berkongsi kemampuan pecutan 0-100km/j yang sama, iaitu tiga saat. Tetapi untuk mencapai 200km/j (dari rehat) mengambil 8.7 saat, berbanding 8.3 saat untuk 488 GTB. Kotak gear adalah jenis klac berkembar dengan tujuh kelajuan.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |