Peruntukan dalam perlembagaan Umno membenarkan presiden parti mempunyai akaun amanah bagi pihak parti, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata bukan sahaja Datuk Seri Najib Razak mempunyai akaun amanah bagi pihak Umno tetapi juga presiden Umno sebelum ini.
"Saya hendak memberitahu bahawa Umno mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.
"Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika presiden Umno (ketika ini) dan presiden (Umno terdahulu) mempunyai akaun amanah bagi pihak parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Kubang Pasu hari ini.
Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, berkata duit yang berada di dalam akaun amanah di bawah nama Najib sebagai presiden Umno itu bukan wang milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.
Menurut Rahman duit 1MDB dimiliki oleh rakyat dan tidak boleh diberi kepada parti politik.
"Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh Umno tidak ada kena-mengena dengan duit rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong parti. Jikalau dia ada duit dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan duit 1MDB," katanya.
Duit yang berada di dalam akaun amanah itu katanya, bukan datang daripada 1MDB sebagaimana yang cuba dikaitkan pihak pembangkang sebelum ini.
Akhbar Wall Street Journal (WSJ) juga katanya, tidak berani mengatakan duit di dalam akaun amanah itu milik 1MDB, menguatkan lagi dakwaan bahawa media antarabangsa itu mempunyai agenda terhadap negara ini.
Ditanya sekiranya terdapat keperluan untuk mendedahkan sumber duit RM2.6 bilion itu, Rahman berkata tidak ada undang-undang yang mewajibkan Umno, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan lain-lain untuk menamakan penderma mereka.
"Mereka (parti politik) tidak diwajibkan undang-undang untuk menamakan penderma mereka, jadi mengapa pula harus diletakkan pada bahu Umno. Jikalau hendak bukak (dedah penderma), tanya semua, tanya DAP siapa yang bagi duit pada mereka," katanya.
Menurut Rahman DAP dan parti pembangkang, perlu menjelaskan dakwaan mereka memperoleh pembiayaan politik daripada agensi negara Barat termasuk daripada penyangak mata wang George Soros dan National Endowment for Democracy (NED).
"Kami tahu mereka (pembangkang) mempunyai banyak duit sebab operasi pilihan raya mereka adalah jauh lebih canggih daripada Umno, percayalah," kata Rahman.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan beliau tahu sumbangan politik yang diterima DAP daripada syarikat perumahan tertentu.
Pada majlis itu, beliau juga menerangkan tidak ada pihak yang 'merompak atau songlap' duit 1MDB dan ini dibuktikan oleh laporan akaun syarikat yang pun diaudit oleh syarikat auditor bertauliah.
Rahman berkata 1MDB melabur sebanyak AS$1.9 bilion di dalam syarikat Petro Saudi International (PSI) dan hasil daripada pelaburannya itu, syarikat negara memperoleh keuntungan US$488 juta.
Beliau berkata jumlah pelaburan di dalam PSI serta keuntungan yang diperoleh oleh 1MDB katanya, turut disertakan di dalam kenyataan akaun syarikat negara yang diaudit.
"Saya tidak faham mengapa masih ada yang mengatakan duit 1MDB di dalam PSI itu hilang, sedangkan pelaburan yang dijana oleh 1MDB dalam PSI adalah amat menguntungkan," katanya.
Berkenaan dakwaan "kehilangan" RM42 bilion, beliau menjelaskan 1MDB membuat pinjaman untuk membiayai perolehannya terhadap kira-kira 15 stesen janakuasa elektrik daripada syarikat penjana tenaga bebas (IPP).
"Mula-mula mereka kata 1MDB hilang RM42 bilion, kemudian RM27 bilion, kemudian mengubahnya lagi kepada RM16 bilion dan kini RM3 bilion. Saya yakin dan ikhlas katakan tiada duit 1MDB yang dirompak atau disonglap," katanya.
Dengan aset kira-kira RM51 bilion yang jauh lebih tinggi daripada tanggungannya, syarikat 1MDB menurut beliau merupakan syarikat yang kukuh dan potensinya itu diakui oleh bank-bank yang memberikan pinjaman kepadanya. – Bernama
Blog Archive
Popular Posts
-
From left to right: Mashitah Ismail, Rusnani Ahmad and Ilyasa Ismai After 23 years in business, Restoran Rose 911 will be vacating its p...
-
ATM thefts have gone high-tech, and judging by how the police and banks are running around like a headless chicken trying to piece together...
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info