Apple akan kuasai ruang tamu dengan Apple TV

Set Apple TV baharu akan mula dijual pada penghujung Oktober dengan harga bermula dari $149 (RM650)

Dengan kemas kini yang ditunggu-tunggu, Apple telah mendedahkan rancangannya untuk menguasai segmen ruang tamu, dimana penganalisis berkata syarikat gergasi teknologi itu telah sekian lama mengabaikan segmen berkenaan.

Pada satu acara yang berlangsung di San Francisco baru-baru ini, Apple melancarkan model iPhone baharu, iPad dengan skrin yang lebih besar dan melancar semula Apple TV dimana ia lengkap dengan App Store, integrasi Siri dan alat kawalan jauh baharu.

Namun, Apple akan menghadapi persaingan sengit dari syarikat seperti Amazon dan Roku, yang menawarkan ciri-ciri yang terdapat di Apple TV dengan harga yang lebih rendah.

Set Apple TV baharu akan mula dijual pada penghujung Oktober dengan harga bermula dari $149 (RM650).

Apple melancarkan semula Apple TV apabila pelabur meminta syarikat itu untuk mengurangkan pergantungan kepada iPhone.

Apple TV juga boleh menjadi punca keuntungan bagi syarikat itu namun penganalisis berkata, hasil daripada rancangan dan perkhidmatan akan menjadi kunci keuntungan.

Kata pengasas bersama Sling Media, Jason Krikorian, App Store yang terdapat di Apple TV akan membuka peluang kepada ribuan pemaju.

“Jika bakat-bakat Hollywood boleh mencipta kandungan untuk skrin televisyen yang dikawal Apple, saya rasa ia boleh mencipta pengalaman baharu ketika menonton televisyen,” katanya.

Jan Dawson dari Jackdaw Research pula berkata Roku sudah mempunyai platform untuk pemaju aplikasi namun Apple mempunyai kelebihan kerana mempunyai jumlah pengguna setia yang banyak.

“Sekarang ini (apa yang perlu dibuat) adalah untuk membantu pemaju mulakan dengan segera,” katanya.

Setakat ini, Apple TV terhad kepada kandungan di iTunes dan aplikasi seperti HBO, Showtime, Netflix, dan Hulu, kata Naib Presiden Kanan Apple perisian dan perkhidmatan Internet Eddy Cue.

Selain ciri Siri, Apple TV turut fokus kepada game.

Apple TV menggunakan sistem operasi yang sama dengan iPad dan iPhone, jadi ia lebih mudah untuk pemaju untuk membawa game mereka ke peranti Apple TV.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |