"Underdogs" bersinar ke Euro 2016


Saingan kelayakan Euro 2016 menyaksikan beberapa pasukan melakar kejutan, cipta rekod dan tamat kemarau sambil mempamerkan aksi yang bersemangat untuk menempah slot di Perancis pada Jun 2016.

Iceland (Pemenang Kumpulan A)

Kejayaan Iceland, yang mempunyai jumplah penduduk sebanyak 330,000 sahaja, merupakan hasil daripada pelaburan negara pada 2002 untuk membina 100 padang terbuka dan tertutup disebabkan cuaca yang menghamipiri 0 darjah Celsius untuk enam bulan dalam setahun.Kelayakan Iceland ketika kejohanan UEFA B-21 merupakan kali pertama layak ke pentas utama.

Kunjungan ke Perancis menyaksikan Iceland tundukkan Belanda dua kali dalam Kumpulan A. Kesebelasan utama yang dikenali sebagai 'Generasi Emas' diketuai oleh perancang Swansea City, Gylfi Sigurdsson dan penyerang Kolbeinn Sigborsson dari FC Nantes.

Wales (Tempat kedua Kumpulan B)

Bukanlah pasukan belasahan tetapi aksi semangat yang dipamerkan oleh skuad kendalian Chris Coleman mencuri tumpuan daripada rakyat Great Britain setelah menamatkan kemarau 57 tahun tanpa beraksi di kejohanan utama. Wales mahu pecahkan mentaliti bahawa England merupakan sandaran utama Great Britain dan kemaraan Wales tahun ini pasti meletakkannya antara pasukan yang harus dipantau tahun depan.

Tentunya pemain sayap Real Madrid, Gareth Bale menjadi pujaan utama penyokong (6 gol, 2 bantuan). Harus diperingatkan bahawa benteng pertahanan skuad The Dragons, yang diketuai kapten Ashley Williams mempunyai rekod kelima terbaik daripada 53 pasukan secara keseluruhan. Selain itu, gandingan BPL Aaron Ramsey dan Joe Ledley membuatkan Wales kental dan bertenaga di bahagian tengah.

Austria (Pemenang Kumpulan G)

Biarpun kekurangan pemain bintang berbanding pasukan lain, rekod tanpa kalah Austria membuktikan bahawa semangat juang tinggi akan menentukan pemenang setiap perlawnan. Austria meraih 8 kemenangan, 1 seri ketika mengungguli saingan Kumpulan G.

Siapa sangka pertahanan David Alaba mampu mempamerkan aksi yang sama taraf seperti bersama kelabnya Bayern Munich setelah meledakkan 4 gol dalam 7 perlawanan. Selain itu, penyerang Marc Janko juga konsisten mencemari gol pihak lawan setelah menyumbang 5 gol.

Albania (Tempat kedua Kumpulan I)

Albania turut menempah slot kejohanan utam buat kali pertama setelah raih tempat kedua dalam kumpulan yang disertai Portugal, Denmark dan Serbia.

Usaha Albania sebagai satu unit harus dipuji kerana pasukan ini berjaya mara ke Perancis sedangkan tidak ada satu pemain yang menjaringkan lebih dari 1 gol. Manakala rekod defensif mereka sama taraf dengan Portugal dan Denmark (bolos 5 gol sahaja)

Northern Ireland dan Romania (Pendahulu Kumpulan F)

Northern Ireland harus bersyukur dengan kehadiran penyerang Norwich City, Kyle Lafferty yang berbisa merobek gawang pihak lawan setelah menyumbang 7 gol dalam 9 perlawanan. Kelibat pemain tengah Steven Davis selaku kapten serta veteran Gareth McAuley di benteng pertahanan mebenarkan barisan Northern Ireland berfungsi dengan lebih baik.

Biarpun di tempat kedua, Romania pastikan kemaraan tanpa kekalahan. Statistik menunjukkan bahawa Romania memiliki rekod pertahanan terbaik secara kesuluruhan setlah hanya membolosi 2 gol dalam 9 perlawanan. Aksi konsisten serta disiplin untuk kekalkan fokus menjadi formula utama Romania.

Selanjutnya
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |