Cuti Sekolah ini, Jangan lupa berkunjung ke KidZania, bandar yang dibina khusus untuk kanak-kanak!
KidZania merupakan suatu tempat di mana kanak-kanak diberi peluang menjadi orang dewasa dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti yang disediakan khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 14 tahun.
Terdapat 60 ‘syarikat’ di KidZania yang menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk ‘bekerja’ seperti ibu bapa mereka, samada sebagai seorang juruterbang, tukang masak, peguam mahupun doktor gigi.
Terdapat suatu ruangan khas untuk bayi juga, yang dikenali sebagai ‘Rumah Urbano’. Di sini, kanak-kanak yang berusia 3 tahun dan ke bawah berpeluang mendengarkan kisah penceritaan (Story-telling), memasak makanan kegemaran mereka, mewarna, dan banyak lagi.
Panduan Perjalanan
Melalui Teksi
KidZania terletak di pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara. Anda boleh menggunakan teksi ke destinasi tersebut yang terletak di pesisiran bandaraya Kuala Lumpur di Petaling Jaya.Melalui Bas
Terdapat bas RapidKL yang boleh diambil dari KL Sentral ke pusat beli-belah The Curve (yang terletak berdekatan dengan Mall 1Utama). Anda juga boleh menggunakan train ke stesen LRT Kelana Jaya. Dari stesen LRT anda boleh menggunakan bas atau teksi untuk ke The Curve.Sila Hubungi
KidZania
Alamat:Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47810, Malaysia
Talian Khidmat: 1 300 88 KIDZ (5439) – 9am to 8pm (Isnin - Ahad)
-----------------
Sumber: Travel Blog