Persediaan Penting Seorang Wanita Sebelum Umur 30 Tahun

Adakah anda seorang student? Ataupun baru sahaja graduasi? Sekarang, sedang bercadang untuk berkahwin pula?

Biasanya, ramai mencari maklumat tentang persediaan perempuan sebelum kahwin. Ada juga yang agak curious, bersungguh-sungguh memenuhkan ilmu di dada tentang persediaan perempuan sebelum malam pertama.

Selepas berkahwin pula, mulalah mengunjungi banyak blog untuk mencari maklumat tentang persediaan perempuan sebelum bersalin dan semasa berpantang. Biasanya, bila sudah sampai tahap ini, umur masih dalam lingkungan 20-an.

Namun, tidak ramai yang memikirkan tentang persediaan perempuan sebelum umur 30 tahun. Apa yang perlu dibuat?

Boleh mula dari sekarang!

1. Kumpul harta


Ramai orang muda sibuk nak beli kereta baru. Waktu ni semua tengah berlumba-lumba tunjukkan kejayaan masing-masing lepas tamat graduasi. Tapi saya cadangkan, lebih elok kumpul harta seperti rumah atau emas.

Rumah kecil pun tak ada masalah sebab setiap tahun nilainya meningkat. Sama macam emas juga. Kereta pula nilainya turun setiap tahun. Kalau anda kebulur, boleh juga jual emas. Kalau tayar kereta tu boleh dimakan, lain cerita.

2. Perlindungan takaful / insurans


Yang ini paling ramai orang muda kedekut. Tapi mungkin kerana mereka jahil tentang perlindungan takaful/insurans ini, jadi ramai yang malas nak ambil tahu.

Sesetengah pula berharapkan syarikat untuk menanggung, sedangkan anda boleh diberhentikan bila-bila masa, lebih-lebih lagi waktu ekonomi merosot begini. Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa berlaku, tak adalah meroyan nak cari duit bayar bil perubatan.

Betul tak, bang.?

3. Belajar agama


Selalunya makcik di kampung suka sebut ayat ini.. ‘Perempuan belajar tinggi-tinggi, ke dapur juga!’.. sambil goyang-goyang tangan penuh emas. Frasa tu dah tak valid lagi sekarang. Perempuan berpendidikan inilah yang gegarkan bidang online sales sekarang.

Dan yang penting, gunakan masa muda ni untuk kaut ilmu agama banyak-banyak. Percayalah, bila dah ada anak ramai, dah tua atau dah berjaya dalam kerjaya, anda akan hilang masa untuk beribadat. Baru pakai telekung, anak dah lompat atas belakang badan. Nak pergi kelas agama? Tunggulah anak dah besar. Bila anak dah besar, badan pula tak larat.

4. Pelaburan saham amanah


Sama macam insurans/takaful. Umumnya orang berfikiran amanah saham atau dikenali sebagai unit trust ni memerlukan kita untuk mengeluarkan duit. Sebenarnya tidak. Apa yang anda bayar diambil dari portion duit KWSP anda.

Daripada dibiarkan dalam akaun sehingga umur 55 tahun tidak berusik, kan lebih untung jika dilaburkan?

5. Networking dengan orang lain

Selalu tak dengar ayat seperti ‘Eh, aku ada kenal sorang buat business ni. Nanti aku tanya dia.” ataupun ayat ‘Haritu kawan aku beli benda sama lah. Tak sure dia beli mana. Nanti aku tanyakan.’
Selalu tak?

Waktu muda inilah waktu untuk kita kumpul contact dan kawan-kawan. Percayalah suatu hari nanti, ia sangat berguna untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |