Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.
"Kementerian mesti ambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita," tegas beliau.
Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan Asean Kelapan di sini Jumaat.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan penggantungan tugas dibuat kerana mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini, dan menurutnya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atas kebocoran soalan itu.
Susulan itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan sementara kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan.
Peperiksaan bagi kedua-dua kertas itu akan diadakan pada tarikh baharu 30 September.
Muhyiddin berkata, siasatan rapi dan menyeluruh berhubung kebocoran kandungan kertas peperiksaan itu telah dimulakan dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti dibawa ke muka pengadilan.