Formula Mengira Harga Emas 916 dan 999 Malaysia

Formula mudah mengira Harga Emas 916 dan 999 di Malaysia 

salam  hormat dan salam berhujung minggu buat semua pembaca rawangpost.com 

setelah mendapat permintaan dari rawangpost email subscribers, hari ini saya berkelapangan nak berkongsi mengenai cara kira harga emas 916 dan emas 999 di Malaysia 

Formulanya mudah sahaja, memula kita ambil harga emas mentah dunia dari website kitco, dimana nilainya disandarkan pada nilai US Dollar... Sebagai contoh, kita rujuk harga emas 25 Oktober 2013.

Harga Emas Semasa Dunia 25 October 2013 ( untuk seberat 1 oz emas )

Graf bagi Harga Emas di atas adalah Harga Emas Dunia bertarikh 25 october 2013 ( Jumaat ) ia tutup pada jam 5 pagi waktu malaysia.

kemudian kita ambil pula nilai ringgit malaysia berbanding US Dollar pada kadar semasa


ok nilai ringgit malaysia berbanding us dollar di atas saya ambil dari sebuah money changer. ia bertarikh 26 october 2013 iaitu bersamaan hari sabtu.


ok sekarang mari kita kira harga emas mentah di malaysia sekarang:


1. Ambil nilai semasa Harga Emas dunia USD ( dari graf di  atas) DARAB  nilai ringgit semasa berbanding US Dollar 

2. USD 1352.90  x   RM 3.160 =  RM4275.16 

3. Jadi Harga Emas mentah di Malaysia adalah berharga RM4275.16 / Oz

4. Oleh Kerana 1oz = 31.1gram . kita perlu bahagikan  Harga Emas tersebut kepada oz. supaya kita dapat mengira harga emas tersebut kepada /gram.

 RM4275.16 / 31.1gram =  RM137.46/gram 


Done !! 

jadi untuk harga emas mentah atau di panggil harga emas spot  di malaysia ni ...  harga nya adalah RM137.46/gram untuk emas tulen 999  ( harga yang tidak termasuk sebarang upah atau premium sesuatu barang kemas yang dah siap )

ok, sekarang untuk mengira harga emas berketulenan 916 pula... anda hanya perlu darabkan sahaja harga tersebut kepada 0.916

Rm137.46 x 0.916 = RM125.916

5.  Yang terakhir, harga emas 916 Mentah untuk malaysia adalah RM125.91 ( harga yang tidak termasuk sebarang upah atau premium sesuatu barang kemas yang dah siap ). Ulang formula no 4 untuk kiraan emas 999 pula. 

Tamat 


 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |