Isilah petrol dalam kiraan liter


Amalkan pengisian minyak petrol dalam  jumlah liter, dan bukan nya dalam ringgit. 

Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. Lepas itu bayar RM46. Pegiraan ini lebih baik daripada mengisi RM40, krn jmlh minyak yang masuk adalh 15.7894737 liter. Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 org y isi RM40, stesen mykk dah untung 9.4737 liter. itu kalau 1000 org, kalau 10 hari? sebulan? Dan ini hanya pengiraan ringkas untuk contoh pengisian RM40 sahaja. Bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung di atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu stesen minyak selalu membuat program cabutan bertuah dgn pembelian minimum tertentu, sama ada RM20 (satu cop untuk payung petronas RM20), RM50 atau jumlah tertentu yang lain. mereka mahu menanam sifat mengisi petrol mengikut nilai RM dan bukan mengikut nilai liter.

Isi dalam liter.
1liter harga rm2.30
isi lah rm23 jadi 10liter
isi rm46 jadi 20 liter 
isi rm69 jadi 30 liter

Tatkala harga petrol dipotong subsidinya, maka kita perlu bijak memaksimumkan belanjawan bulanan kita. Towkey stesen minyak ambil untung selama ini, dan kali ini kita pula yang bijak berbelanja. 

Kongsikan maklumat ini dengan warga marhaen yang lain. 

Source: Group Whatsapp


 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |