Sudah sampai masanya Bonus penjawat awam dibayar mengikut pencapaian


Menjelang sesi pembentangan bajet 2015 tidak lama lagi, kakitangan awam sudah mula bercakap-cakap tentang bonus mereka tahun ini. Kebiasaan sejak kebelakangan ini, Kakitangan awam dibayar bonus sebulan gaji. Pengumuman bonus ini antara yang ditunggu setiap kali Belanjawan Negara dibentangkan. 

Sama ada mereka kuat bekerja, atau selalu MC, bayaran bonus mereka tetap sama sahaja. Adilkah begitu? Maka, ramai lah yang curi tulang, dan kerap bercuti serta MC. Itu perkara lumrah dikalangan penjawat awam. Tiada impak terhadap bonus mereka. 

Masuk office lewat, minta orang lain tolong punch card, pukul 9 pagi - 10 pagi masih minum. Tidak masuk pejabat behari-hari kerana mahu berlatih mengikuti temasya sukan. 


Sikap-sikap begini yang menyebabkan  ketidak cekapan kepada jentera pentadbiran kerajaan berbanding sektor swasta terutama firma antarabangsa. 

Sistem kayu pengukur terhadap pencapaian kakitangan awam telah lama wujud. Sudah sampai masa, markah pencapaian itu menjadi penentu pembayaran bonus Kakitangan awam. Konsep ini telah dipraktikkan oleh syarikat swasta. Performance Bonus menyebabkan ramai pekerja lebih fokus bekerja untuk mencapai target yang telah ditetapkan. 

Konsep ini lebih adil. Mereka yang jujur, amanah berhak menerima bonus manakala yang tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan tidak berhak mendapat bonus malahan perlu mempertingkatkan lagi usaha untuk bonus tahun berikutnya. 

Yang tidak setuju, boleh meletakkan jawatan dan bekerjalah di sektor swasta dan rasai suasana kerja yang lebih kompetetif dalam memperbaiki kedudukan ekonomi sendiri. 



 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |