Petua Mujarab Untuk Berhenti Merokok



Anda Mahu berhenti merokok?

Amalkan 7 Petua Ini... InsyaAllah akan berhasil...

1. Melengah-lengah
Lengah-lengahkan keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Lakukan setiap kali anda rasa ingin merokok.

2. Minum Air Suam Banyak-banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air mineral atau air suam. Jangan amalkan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok semula selepas meminumnya.

3. Sibukkan Diri
Buatlah sesuatu perkara yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

4. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

5. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah sekerap mungkin atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

6. Melakukan Senaman Regangan
Anda perlu lakukan senaman regangan setiap kali anda rasa mengantuk kerana tidak merokok. Ini akan boleh mengalihkan rasa ingin merokok semula.

7. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |