Bayi 6 Bulan Melecur di Mulut dan Muka



Rawang - Kejadian ini berlaku di sebuah Taska di Taman Saujana Rawang. Seorang bayi yang berusia 6 bulan melecur dan bengkak di dalam mulut (3rd degree burn internal oral), muka dan leher akibat terkena susu panas. Kejadian berpunca dari kecuaian penjaga di pusat taska tersebut.

Menurut sumber, kemungkinan berlaku paksaan semasa penjaga memberi susu kepada bayi tersebut. Perkara ini dapat dilihat dari kesan lecur dimuka hingga ke leher.

Bayi tersebut kini dirawat di Hospital Selayang. Terkini, bayi masih memakai alat bantuan dan masih dalam pemerhatian doktor. Kesan daripada lecur dalam mulut tersebut berkemungkinan berpanjangan hingga dewasa dan memberi impak kepada penuturannya.

Warga Rawangpost mendoakan semoga Cikgu Safrin sekeluarga tabah menghadapi dugaan dan ujian ini dan semoga bayi cepat sembuh. 
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |