Bekas pengendali T-Team, Mohd Azraai Khor Abdullah sah menjadi ketua jurulatih Kelantan menggantikan George Boateng.
Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman sosial Facebooknya.
Menurutnya selepas perbincangan dan rundingan dibuat dengan semua peringkat pengurusan, KAFA membuat rombakan demikian untuk memantapkan lagi The Red Warriors (TRW).
"Mohd Azraai Khor dilantik sebagai ketua jurulatih TRW dan akan dibantu Zahasmi Ismail serta Mohamad Sidek.
"Boateng dilantik sebagai ketua jurulatih kanan merangkap pengarah teknikal yang bertanggungjawab terhadap nasihat, latihan dan pembangunan latihan staff di semua peringkat.