Apa yang menarik di Putrajaya?


Anda merancang untuk pergi jalan-jalan ke Putrajaya? Ramai yang tidak mengetahui terdapat banyak tempat menarik sekitar Putrajaya. Jangan lupa singgah di tempat-tempat menarik Putrajaya yang aku senaraikan berikut.

1. Jambatan Putrajaya


Tak lengkap rasanya tak singgah di Jambatan Putrajaya kalau datang ke Putrajaya. Jambatan Putrajaya memang penuh dengan kenderaan bila waktu malam lagi-lagi weekend. Ada yang datang bergambar, lepak, dan menikmati keindahan waktu malam di Putrajaya. Pengalaman yang paling best di Jambatan Putrajaya mestilah surprise birthday di Jambatan Putrajaya. =D


2. Presint 2, Putrajaya


Bangunan-bangunan kerajaan yang sangat unik & cantik ukirannya boleh didapati di presint 2, Putrajaya. Firstime datang sini memang sangat kagum dengan kecantikan dan keunikan seni ukiran bangunan di Presint 2 seperti Mahkamah Kehakiman. Pengantin baru sering menjadikan lokasi ini untuk sesi outdoor photoshoot.

3. Taman Botani, Putrajaya


Jika anda berkesempatan singgah di Taman Botani jangan lupa merasai pengalaman berbasikal di Taman Botani. Serious memang sangat best dan tak jemu mata memandang pemandangan yang sangat cantik sekitar Taman Botani. Boleh juga berbasikal di Taman Wetland sambil menikmati keindahan flora dan fauna di sana. Burung-burung di dalam Taman Wetland nie semuanya cantik-cantik belaka.

Selamat mencuba untuk naik ke puncak menara tinjau di Taman Wetland. Menara tinjau ini agak tinggi. Tapi jaga-jaga sebab tangganya sudah ada tanda-tanda mereput. Mohon pihak yang berkenaan ambil tindakan segera.

4. Alamanda, Putrajaya


Alamanda, Putrajaya merupakan satu-satunya pusat membeli belah di Putrajaya. Nak tengok wayang, main boling, karaoke, shopping, etc bolehlah ke Alamanda Putrajaya ye. Walaupun Alamanda tidaklah sebesar Midvalley/Berjaya Times Square tapi ada yang tersesat semasa kali pertama datang sini lol.

Maklumat lanjut mengenai Alamanda, Putrajaya macam nak tahu perkhidmatan apa yang disediakan di Alamanda, seprti butik/restoran/fast food apa yang ada dekat sana anda boleh rujuk website nie.

5. Dataran Masjid Putra


Memang meriah Dataran Masjid Putra terutama pada hujung minggu. Ramai ibubapa membawa anak-anak mereka datang berkumpul di sini main belon gergasi, kereta mainan, basikal roda tiga, rollerblade dan macam-macam permainan lagi lah yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.

Jika anda stress dengan kerja dan kalau nak menghiburkan hati bolehlah datang Dataran Masjid Putra sambil melihat gelagat kanak-kanak di sini. Bila dengar azan, boleh terus berjemaah dekat Masjid Putra.

Ini baru sedikit. Terdapat beberapa lagi taman-taman dan tempat menarik lain yang lain. Mengenai tempat-tempat menarik yang lebih terperinci di Putrajaya, anda boleh rujuk website ini.

Sumber
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |