20 Tips untuk berjimat cermat


Berikut merupakan tip perkongsian berdasarkan pengalaman sebenar beberapa warga Rawang yang telah memberi respon terhadap kajian dari peningkatan kos sara hidup susulan kenaikkan harga Tol, pelarasan subsidi petrol dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Semoga ianya bermanfaat buat anda. Hanya orang yang betul-betul kuat boleh mengikuti tip-tip di bawah

Jika mereka boleh, kenapa anda tidak?

  1. Macam biasa, pertama sekali ialah doa, bukan benda terakhir yang akan disenaraikan. Mintalah setiap kali berdoa kepada Allah agar dapat menjadi seorang yang berjimat cermat dan menguruskan kewangan dengan berhemah.
  2. Perlu tahu untuk apa anda hendak berjimat? Adakah untuk menyimpan hasil penjimatan tersebut? Adakah agar dapat memberi kepada mereka yang lebih memerlukan?Adakah untuk membeli sesuatu atau untuk bisnes? Atau kesemuanya sekali? Oleh itu,pasang niat dan jelas dengan matlamat anda
  3. Mulakan dengan benda yang kecil dahulu. Dapat gaji,simpan dulu,baru belanja. Pastikan ada senarai perbelanjaan bulanan. Kalau boleh perhatikan di mana anda boleh “cut cost” dan cuba sedikit demi sedikit. Rombak bajet dan buat semula bajet baru.
  4. Setiap kali ingin membeli barang, pastikan bawa wang cukup-cukup sahaja. Jangan beli barang yang tidak disenaraikan. Kena kuat semangat bab ini. Keraskan hati dan yakin anda mampu mengubahnya
  5. Elakkan dari menghabiskan duit membeli pakaian yang mahal dan biarlah sederhana.Jaga pakaian dengan elok agar boleh dipakai lama.
  6. Beli kasut yang boleh dipakai ke semua majlis. Contohnya saya sendiri membeli kasut yang boleh dipakai pergi kerja dan dibuat berjalan. Sesuai untuk semua majlis. Kasut saya bertahan lebih kurang setahun lebih. Setiap kali teringin nak beli kasut baru,fikir begini ” kasut aku masih elok, beli kasut baru cuma membazirkan wang”
  7. Jika mempunyai anak, tak perlu beli banyak baju untuk setiap anak.Cukup 5 atau 7 pasang baju pakai siang,dan 5 atau 7 baju pakai malam.Boleh pakai selama seminggu dan ulang untuk minggu seterusnya. Anak-anak cepat membesar,rugi beli banyak baju dan rugi beli baju yang terlalu mahal.
  8. Saya suka beli baju yang berkualiti dengan harga sederhana untuk anak,oleh itu baju tersebut tidak akan kelihatan berbulu selepas dibasuh banyak kali dan tahan lasak.
  9. Satu lagi tip, beli baju dan seluar yang besar 1 saiz dari saiz sebenar anak. Contoh anak umur 1 tahun (12 bulan),boleh beli baju untuk anak umur 18 bulan,kalau anak pakai saiz 4,boleh beli yang saiz 5 atau 6. Tip ini kami gunakan untuk baju yang berjenama sedikit, biasanya anak boleh pakai baju tersebut 1 1/2-2 tahun. Sekiranya baju untuk pakai rumah, beli pakaian dari material cotton yang berkualiti tinggi tapi murah yang banyak dijual sekarang.
  10. Elakkan dari kerap menukar gajet. Ianya cuma buang duit.Tak perlu ikut trend.Tak terkejar nanti.Asalkan ada sebuah untuk memenuhi keperluan sudah mencukupi.Tak perlu malu jika kelihatan ketinggalan zaman.Sebaliknya patut berbangga sebab berjaya kawal nafsu.
  11. Kalau beli barang di pasaraya, beli yang bungkusan besar kerana lebih menjimatkan dan tahan lama.Contoh,ubat gigi kotak besar lebih murah berbanding yang saiz kecil jika dikira berdasarkan beratnya.
  12. Rancang percutian. Saya selalu memilih percutian yang bajetnya bawah RM500 untuk sekeluarga,tetapi sejak anak dah bertambah ,saya “stand by” lebih sikit tapi masih di bawah RM 1K. Duduk di hotel bajet sahaja, sebab kita kan nak berjalan,bukan nak terperap di hotel.
  13. Bagi mengelakkan anak bosan sebab ada masa kami jarang bercuti, anda boleh mencuba “percutian ekspress” ke lokasi yang tidak terlalu jauh dari rumah.Tapi ada juga yang jauh sedikit, tapi masih boleh pergi balik hari. Bajetnya dalam Rm300 sahaja dan kadang-kadang tak sampai pun.Turun selepas Subuh dan balik pada malamnya
  14. Jika terpaksa makan di luar, tempahlah menu yang boleh dimakan secara berkongsi satu keluarga. Satu nasihat yang “off topic” – minta jangan diletakkan ajinamoto @ msg kerana memudaratkan kesihatan.
  15. Jagalah kesihatan dengan baik agar tidak mudah terkena penyakit. Bila asyik sakit,terpaksa keluarkan bajet untuk perubatan pula. Amalkan gaya hidup yang sihat. Tip: banyakkan minum air masak,amalkan pemakanan sunnah seperti makan kurma,habatus sauda,madu,delima,susu kambing dan lain-lain untuk hidup lebih sihat.Elakkan bergantung dengan ubat berasaskan bahan kimia.Amalkan pemakanan sunnah dan yakin dengannya insyaAllah anda boleh lihat perubahannya.
  16. Jika perlu, boleh juga amalkan supplement vitamin kerana sumber makanan kita pada hari ini dah tak macam dulu. Banyak racun dan kualiti terjejas. Jadi tak salah ambil supplement tambahan jika mampu. Jika kurang mampu, banyakkan makan buah,sayur-sayuran ayam,ikan dan daging.
  17. Kurangkan beli air bergas dan air yang dicampur dengan gula,sebaliknya banyakkan minum air masak. Sekiranya air yang terus dari buah tidak mengapa,contohnya air buah yang dikisar,air kelapa,atau air tebu ( ehem,ehem..hehe..).Tip : minum air hanya sebelum atau selepas makan, jangan minum air semasa masih makan. Satu lagi,tolong ye..jangan makan atau minum sambil berdiri. Ia boleh menyebabkan penyakit.
  18. Tak perlu bertukar-tukar kereta.Cukuplah untuk membawa anda pergi ke mana-mana. Pakai kereta mahal dan murah tujuannya tetap sama-sampai ke destinasi juga. Kalau boleh kumpul duit dan beli kereta terpakai yang lebih murah dan masih elok.Jika mampu sekalipun kereta mahal,alangkah baiknya jika wang itu disalurkan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan? Ingat,dalam harta kita ada hak orang lain. Jangan terleka dengan tipu daya dunia
  19. Elakkan dari membuat pinjaman dengan bank tak kira apa tujuannya.Tiada pinjaman bank yang bebas dari riba.Jauhi riba dan anda akan dapati hidup anda lebih tenang. Jika mahu berbisnes,modal bukan alasan. Mulakan dari bisnes kecil dan berkembang sedikit demi sedikit.
  20. Banyakkan memberi sedekah. Apa sahaja yang mampu untuk anda sedekahkan sama ada senyuman,doa,pandangan,ilmu,mahupun harta benda. Jangan ada rasa sayang dengan harta dunia. Semuanya milik Allah swt.Kita hanya memegang amanah dan bertanggungjawab untuk berkongsi nikmat yang diberi dengan orang lain. Tak perlu tunggu kaya untuk suka memberi.Berilah walaupun anda rasa anda susah. Sentiasa berusaha untuk sembunyikan pemberian anda dan latih diri untuk sentiasa ikhlas.

Sekian perkongsian dari kami tentang berjimat cermat

 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |