5 Tip Untuk Makan yang Jimat, Sedap dan Mengenyangkan

Makanan adalah keperluan seharian kita. Tetapi sering disalahgunakan sebagai pemenuh nafsu makan yang tiada hadnya. Hari ini saya nak kongsikan 5 jenis makanan yang sedap tetapi menjimatkan dan mengenyangkan. Menjimatkan dengan erti kata lain adalah, kita dapat mengurangkan perbelanjaan bagi membeli makanan lain.

1. Nasi Lemak


Nasi lemak adalah antara makanan yang murah dan mengenyangkan. Harga nasi lemak sekarang adalah dalam lingkungan RM2 hingga RM5 bergantung kepada lauk yang dipilih. Jika dalam perjalanan anda ke tempat kerja ada makcik-makcik jual nasi lemak harganya mungkin lebih murah tetapi dengan lauk asas telur dan sambal. Beli 2 bungkus sudah cukup untuk makan pagi dan tengah hari.

2. Roti Canai


Roti canai juga adalah antara makanan yang murah dan mengenyangkan. Harga lebih kurang RM1 sahaja satu keping. Dan jika anda beli 2 atau 3 keping pun tidak menjadi masalah. Boleh juga dibungkus untuk buat bekalan makan tengah hari jika nak lebih jimat.

3. Roti


Roti boleh diperolehi di hampir semua jenis kedai runcit dan stesen minyak. Harganya juga adalah tetap di semua jenis kedai kerana harganya ditetapkan oleh pengilang. Jadi tidak menjadi masalah untuk mendapatkannya. Tambahan lagi, roti boleh disimpan beberapa hari.

4. Nestum dan susu


Nestum dan susu juga amat mengenyangkan jika dimakan. Satu bungkus nestum yang berharga antara RM7-RM10 boleh bertahan lebih dari seminggu.

5. Bawa bekal


Ini yang paling saya gemari. Bawa bekal daripada rumah. Tiada kos. Goreng telur mata, kicap dan jika ada sambal belacan sikit lagi sedap. Bungkus dan bawa ke tempat kerja. Jimat dan sedap!

Kenapa tiada mee segera dalam senarai ni? Mee segera amat murah tetapi tidak mengenyangkan. Malah mungkin kurang baik untuk kesihatan.

Tip makan sambil berjimat ini amat sesuai untuk pelajar dan pekerja yang betul-betul nak berjimat.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |