Benarkah tidak wujud komplot tukar PM dan TPM ?

Tan Sri Shahrir Samad
Menurut ahli parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, buat masa ini tidak wujud sebarang gerakan di kalangan ahli UMNO untuk menukar presiden dan timbalan presiden parti.

TS Shahrir selaku Pengerusi BNBBC berkata, memang ada dakwaan terdapat usaha untuk mengubah pucuk pimpinan parti dan kerajaan tetapi itu hanyalah spekulasi semata-mata. Katanya, dakwaan itu timbul disebabkan kebebasan berfikir dimiliki semua pihak sehingga meramalkan pelbagai perkara termasuklah mengenai BN dan UMNO.

Menurut TS Shahrir, buat masa ini tiada pihak mahu sama ada Najib diturunkan, sementara Muhyiddin dinaikkan.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya UMNO mengambil ketetapan meminta pemimpin tertinggi parti melepaskan kesemua jawatan di dalam parti dan Kerajaan.

“Kita tidak boleh menyekat (mereka) daripada meramal atau membuatkan pelbagai andaian (kononnya hendak turunkan Najib dan naikkan Muhyiddin, dan kini ada pula hendak turunkan Muhyiddin).

Mengulas kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Shahrir berkata setakat ini, BNBBC berpuashati dengan prestasi dua pemimpin tersebut.

“Kami berpuas hati dengan sikap keterbukaan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri bukan sahaja memperkasakan institusi Parlimen, malah memantapkan peranan Ahli-ahli Parlimen, khususnya daripada Barisan Nasional (BN).

“Ahli-ahli Parlimen BN ketika ini lebih banyak diberi peluang memainkan tanggungjawab masing-masing dalam mengutarakan pandangan dan memberi nasihat ke atas sesuatu dasar yang hendak dilakukan kerajaan,” katanya.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |