TLDM sudah kenal pasti anggota yang terlibat IS

Istiadat Perbarisan dan Mengarak Panji-Panji

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah mengenal pasti beberapa anggotanya yang dipercayai terlibat dengan kumpulan militan IS.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

"Kita telah menarik mereka untuk disoal siasat dan mendapat bantuan daripada polis untuk melaksanakan siasatan terperinci. Kita juga dimaklumkan pihak polis bahawa hasil siasatan mereka terhadap kumpulan itu ada mengaitkan anggota TLDM.

"Dalam hal ini, kita merelakan mereka (anggota TLDM) untuk disoal siasat dengan harapan kegiatan IS ini dapat dihapuskan secara keseluruhan.

"Kita selalu mengingatkan anggota kita pada setiap kali khutbah (Jumaat), ceramah dan perjumpaan bahawa kumpulan IS ini adalah ancaman kepada negara," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Istiadat Perbarisan dan Mengarak Panji-Panji bersempena Sambutan Hari TLDM ke-81 di Padang Kawad, KD Pelandok semlam (Isnin).

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dan Panglima Bantuan Laksamana Madya Datuk Abdul Ghani Othman.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |