7 Perkara Tentang Ragam Wanita


Kita selalu mendengar dalam menjalinkan hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, lelaki lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak wanita. Berikut kami senaraikan 7 benda tentang wanita yang membuatkan kaum lelaki tidak faham dengan ragam anda.

1. Baju banyak dalam almari tapi selalu kata tak ada baju lagi dah


2. Terlalu obses dengan bag dan kasut.

Wanita dan beg tangan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jika tiada beg atau kasut, tidak lengkap rasanya penampilan mereka.

3. Ada extra stamina bila shopping

Kaum wanita ni kalau diaorang shopping, mesti diaorang pusing satu mall dulu dan akan terjah semua kedai pastu patah balik kat kedai yang pertama dia masuk.

4. “Multi-tasking”

Kelebihan yang dimiliki kaum wanita mampu melakukan beberapa jenis pekerjaan dalam waktu yang sama, sehingga lebih efektif dan efisien.

5. Suka bertanyakan soalan yang mereka sendiri sudah ada jawapannya

Mereka sendiri sudah ada jawapannya. Adakah niat mereka bertanya kerana tidak tahu ataupun ada jawapan lain yang mereka ingin ketahui?

6. Mempunyai daya ingatan yang kuat

Bila gaduh, mereka akan ungkit semula benda-benda lepas. Bukan tu je, perkara-perkara pelik pun dia boleh ingat lagi.

7. Definisi gemuk bagi wanita

Ini satu lagi perangai kaum wanita yang lelaki tidak faham. Selalu merungut berat badan mereka naik walaupun berat mereka hanya 50kg dan dari mata kami ianya tidak menjejaskan penampilan mereka langsung.
 
Copyright © 2014 Anything - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR I2U | PH | TAW | ID | AAB | FSB | AG |