Ramai yang kenal bunga betik/pucuk betik tetapi tahukah anda terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik iaitu bungan jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Kebiasaanya, bunga betik jantan dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang.
Daun betik adalah sejenis daun yang pahit jika dikunyah. Ramai orang melayu terutama yang membesar di kampung-kampung tahu akan khasiat pucuk betik. Justeru itu ramai yang menjadikan pucuk betik sebagai ulam dimakan mentah atau dicelur dan dimakan bersama sambal belacan.
Khasiat Pucuk Betik
Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk mengawal dan menurunkan hypertension atau darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak lalu dimakan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau dimakan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi itulah khasiat pucuk betik: untuk mengubati penyakit darah tinggi.
Selain pucuknya, jus daun betik pula boleh menjadi ubat yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah atau penyakit. Contohnya apabila diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.
Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di India, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman atau pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak – khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).
Tip-tip pengunaan
Cara menyediakan air daun betik untuk demam denggi- Ambil dua helai daun betik yang tidak terlalu tua dan tidak pula terlalu muda
- Buang semua urat daun yang kasar. (kalau rajin buang yang halus juga) kita hanya perlukan daunnya sahaja.
- Bersihkan daun tersebut
- blender dengan segelas air. (agak-agak saja)
- Panaskan air daun betik itu dengan api yang sederhana sehingga tinggal sesudu atau dua sudu
- Minum sesudah air itu sejuk secara semula jadi jangan bubuh ais.. wakaka!
- kalau sanggup boleh diminum mentah tanpa direbus.
- Ingat pahinya bukan main.
Cara penyediaannya adalah seperti berikut:-
- Bersih pucuk betik/daun
- Keratkan sepanjang 1 sentimeter
- Masukkan 1.5 liter air ke dalam kuali bersama pucuk, dan rebuskan selama 30 minit.
- Seterusnya air boleh diasingkan daripada pucuk betik dan sedia untuk diminum dalam keadaan panas atau suam.